SEPTEMBER 2022

SDCCM, Jambatan Kemena- Jepak, SK Ulu Segan


BINTULU, 1 Sept.: 

Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abg Johari bin Tun Abg Openg mempengerusi Mesyuarat Pertama bagi Tahun 2022 State Development Coordination Committee Meeting ( SDCCM ) bertempat di sebuah hotel di Bandar Bintulu yang diadakan sebelah pada pagi.

SDCCM merupakan mesyuarat untuk mengkoordinasi dan menyelesaikan isu berhubung perlaksanan projek Kerajaan Sarawak sebagai tambahan mesyuarat yang diadakan di peringkat Bahagian Residen serta pelbagai agensi Kerajaan Sarawak.

Mesyuarat dihadiri Menteri-Menteri Cabinet Sarawak, Setiausaha-Setiausaha Kerajaan, Wakil-wakil Rakyat, Ketua-ketua Jabatan dan agensi Kerajaan Sarawak. 

Pada sebelah tengahari selepas Mesyuarat tersebut, YAB Premier Sarawak hadir ke Majlis Taklimat status  pembinaan Jambatan Kemena- Jepak di tapak pembinaan Jambatan yang telah disampaikan oleh pihak JKR Sarawak.

Selesai taklimat tersebut, YAB Premier Sarawak dalam Perjalanan balit ke Lapangan Terbang Bintulu, beliau melawat dan mendengar taklimat berhubung status projek pembinaan Sekolah Kebangsaan Ulu Segan. 

Pada Sidang Media, YAB Premier Sarawak memaklumkan bahawa SK Segan adalah sekolah pertama di Sarawak dibayai sepenuhnya oleh kerajaan Sarawak yang bernilai RM26 Juta. 

Ianya adalah janji beliau  sebelum ini pada bulan Febuari Tahun 2018 semasa beliau melawat Sekolah lama dahulu untuk membina Sekolah baharu untuk mengantikan Sekolah yang uzur dan selalu di tengelami banjir. 

Beliau juga gembira dengan konsep Sekolah tersebut dan berharap Konsep tersebut akan menjadi model Sekolah lain di seluruh Sarawak. 

Bagi Mesyuarat SDCCM sebelah pagi , beliau berpuashati dengan taklimat dan progres perlaksanaan projek-projek Infrastruktur jalanraya, bekalan air bersih, bekalan eletrik, projek di bawah BDA dan yang lain di Bahagian Bintulu. 

Tambah beliau lagi, bekalan air dan elektrik ke kawasan rumah panjang dan Kampung di luar bandar Bintulu akan terus dipertingkatkan lagi.

Kawasan baharu Jepak Jaya akan dibangun, Pejabat Residen, Projek-projek di Daerah Tatau dan Daerah Subis berjalan dengan lancar dan akan dibina Pejabat Daerah Baharu, Jambatan Kemena akan siap pada bulan Disember 2023 dan juga Pembangunan di Samalaju serta penglibatan pihak swasta dalam Pembangunan Bahagian Bintulu amat memuaskan.

Turut hadir dalam lawatan tersebut adalah Timbalan Premier Sarawak, YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Premier YB Dato Sri Prof. Dr Sim Hui Kian, Menteri Utiliti dan Komunikasi, YB Datuk Julaihi Narawi, YB Dato Sri Stephen ak Rundi, Setiausaha Kerajaan Sarawak, YB Dato Sri Mohamad Abu Bakar bin Marzuki ADUN Jepak, YB Datuk Haji Talip bin Zulpilip dan kenamaan lain.

Sumber dari : Sarawakku